SELAMAT DATANG

Pertubuhan Nur Tawakal mula beroperasi pada akhir 2021 sebagai satu inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak pada yang hidup kepada yang telah meninggal dunia. Pihak Pertubuhan sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia bukan sekadar sampai, malahan kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin terutama kepada pengurusan jenazah umat islam.

AKTIVITI KAMI

Penyerahan Wang Infaq

Infaq merupakan pemberian berupa wang atau harta yang dibelanjakan untuk kebaikan dan kebajikan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T

Kursus Pengurusan Jenazah

Pengurusan jenazah adalah fardu kifayah namun tidak ramai boleh melakukannya berikutan kekurangan ilmu untuk berbuat demikian ditambah pula dengan beban kewangan. Pihak kami Kerap mendengar keluhan waris si mati yang berdepan kekangan kewangan. Kami Dari pihak Pertubuhan untuk mesyelesaikan keluhan waris telah menyediakan setiap dari ahli kami Kelas Pengurusan Jenazah Percuma.

Bantuan Mangsa Banjir

Assalamualaikum, kami dari Pertubuhan Nur Tawakal Mendoakan keselamatan saudara kami di kawasan-kawasan yang terjejas banjir..Terima kasih juga kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu saudara kita disana. Moga berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.

Majlis Makan Malam

Majlis Makan Malam bersama Ahli Pertubuhan Nur Tawakal. Bersyukur kehadrat Allah s.w.t atas nikmat yang dicurahkan untuk kita berkongsi dan memberi manfaat bersama supaya menjadi seorang manusia yang menghargai rahmat pemberiannya

Kuliah Pagi Ahli Pertubuhan

Alhamdulillah kami ahli-ahli pertubuhan sentiasa diberi kesempatan Oleh Allah S.W.T untuk mengikuti kuliah pagi JUMAAT. Diharap agar aktiviti ini dapat diteruskan untuk ahli-ahli Pertubuhan Nur Tawakal.

Program Mahabbah

Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dapat mengakhiri tahun 2021 bersama Pertubuhan Anak-Anak Yatim Daerah Jasin..Insya Allah Tempoh Bersama Mereka memberi Ahli Pertubuhan Nur Tawakal satu Pengalaman yang baru sebagai seorang hamba Allah untuk terus istiqomah dalam perjuangan.

“ Apabila mati anak Adam akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara , sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak soleh yang mendoakan untuknya.”

AHLI PENGURUSAN JENAZAH KAMI

Hubungi Kami

PERTUBUHAN NUR TAWAKAL

NO. PENDAFTARAN

PPM-002-04-02122021

ALAMAT

NO 5-1, JALAN BPM 14,

TAMAN BUKIT PIATU MUTIARA,

75150 MELAKA

Get in touch with us at Email:

pertubuhannurtawakal@gmail.com

Call Us:

+601111292196

© Hakcipta Terpelihara 2022, Pertubuhan Nur Tawakal